skfbru.zoom-a.com
SK BUKIT ROKAN UTARA (F)
73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN
 Tel : 06-4511 446 Faks : 06-4511 446
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | KOKURIKULUM | KURIKULUM | LAGU SEKOLAH | LENCANA SEKOLAH | PANORAMA | SEJARAH | SEKILAS PANDANG | VISI & MISI |

BERITA TERKINI

SKBRU SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN





MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-4

Pada 15 Mei 2005 (Ahad), Sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agong PIBG kali ke-4 yang diadakan di dewan terbuka Sekolah bermula jam 8.00 pagi. Mesyuarat ini telah dijayakan dengan kerjasama ibu bapa, ahli jawatankuasa dan guru-guru.

Tahniah juga kepada semua guru Sekolah kerana telah bertungkus-lumus siang dan malam untuk menjayakan mesyuarat tersebut. Tanpa semua guru pasti majlis ini tidak dapat berjalan dengan licinnya dan sempurna.

Mesyuarat PIBG yang diadakan setiap tahun bertujuan melantik ahli jawatankuasa bahru dan membincangkan mengenai kemajuan sekolah dan murid. Dengan adanya mesyuarat sebegini, pelbagai aktiviti sekolah dapat dijalankan antaranya motivasi murid dan guru, sambutan Maulidurasul dan sebagainya.

Selain mengadakan Mesyuarat Agong PIBG, Sekolah juga telah mengadakan majlis perasmian rumah hijau yang ditaja oleh Dewan Perniagaan Melayu Negeri. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Syed Saruat iaitu wakil Dewan Perniagaan Melayu Negeri.

Pondok rumah hijau telah dibina pada pertengahan tahun 2004. Pondok yang didirikan berdekatan dengan kantin sekolah dibina untuk kemudahan warga Sekolah seperti menghias pentas dan sebagainya.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: